Wednesday 6 April 2011

~~Nabi-Nabi dalam AL-QURAN~~

salam reader skalian.,.da 2 hri x update blog.,.huhu,,,,agk bz laa dgn perkara2 laen.,.,.
tregerak hati nk update blog hri nie.,.tjuk pon agk berlainn dri sblmnye.,..,xtau laa.,.mcm mnrik jer berbicara mengenai ini.staright to the point. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.,.,.
sebelum bercerita dgn lbih dlm panjang dan mendalam.,.kite perlu mengetahui erti "Siapa itu Nabi??" 

1.Siapakah Para Nabi dan Rsaul itu??
Para Nabi dan Rasul ialah orang2 pilihan ALLAH S.W.T  untuk mengembangkan dakwah kepada hamba-hambaNya,memberi kabar gembira kepada orang2 yg beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan mendapatkan pahala dan imbalan yg bail serta hidup berkecukupan dalam kehidupan dunia dan akhirat , serta memberi ancaman kepada orang2 kafir yg beramal buruk, bahawa mereka akan mendapat siksa dan tempat kembali yg amat buruk. 

2.Perbezaan antara Nabi dan Rasul.
Nabi ialah orang yg menerima wahyu hanya untuk dirinya sendiri. Sedangkan Rasul disamping dirinya sendiri juga mempunyai beban risalah. Maksudnya, disamping menerima wahyu kenabian untuk dirinya sendiri, juga mempunyai tugas untuk menyampaikan wahyu itu kpd kaumnya. Dia berkewajiban  untuk mengajak kaumnya ke jaln yg benar. Berdasarkan pengertian ini dapat di ambil kesimpulan bahawa setiap Rasul adalah Nabi dan sebaliknya setiap Nabi belum tentu Rasul.

3. Tugas Kenabian
Tiga tugas utama utama nabi ialah: i-Menyeru iman kpd ALLAH dan meng-Esakan-Nya. ii-Menyeru iman kpd akhirat, dan hari pembalasan amal perbuatan. iii- Menerangkan syari'at yg bertujuan tercapainya kemaslahatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.  

Saturday 2 April 2011

~~kuliah subuh hari ini~~

salam sume.,.,hehehe.,.go0d morning.,.
x mengantuk plk rsenye even semlm tdo agk lmbt jg.,.ari nie pg2 lg da bgon g masjid pernu ad kuliah subuh oleh ustz saufi b daud. nak d pendekkn cerita.,.topik hari nie ialah: "SEBAB2 SEKSA KUBUR"
Antaranya ialah: 1)mengumpat, 2)kencing x cuci bersih, 3)melalaikan solat *tidur melalaikn solat,,,

#Dalam peristiwa isra' n mikraj Nabi Muhammad S.A.W melihat seorg lelaki berbaring kemudian menghantuk kepalanya ke dinding lalu pecah kepalanya sprti batu bertaburan dan kepala itu bercantum semula dan lelaki itu akn mungulangi perbuatannya sehingga tiba hari perhitungan. *org ini adlh org yg tahu mengenai hukum tpi x mengamalkannya.

#kemudian Rasulullah melihat orang yg menarik lidahnya sehingga ke tapak tangan lalu dipotong lidahnya kemudian lidah itu bercantum semula dan dia mengulangi perbuatannya sehingga hari kiamat, *org itu adlh org yg dri celik matanya sehingga tutup matanya adalah berdusta.

#lalu Rasulullah melihat orang lelaki dan perempuan yg bertelanjang dijilat api dan ia berteusan sehingga tba hari akhirat. *org ini adlah org melakukan zina.


#seterusnya Nabi Muhammad melihat sebatang sungai yang merah airnyadan ada seorang manusia yang berenang di dlmnya,lalu dia mnuju ke tpi sungai dimana ada seorang lelaki mengumpulkan batu2 yg kemudiannya dimasukkn ke dlm mulut lelaki yg berenang td.begitulah seterusnya sehingga haari akhirat tiba. *org itu adlah org yg memakan riba.

#azab org yg sombong sme seperti bergoncangnya dunia ini.

#azab org yg munafik ialah dilempar dgn batu dri api neraka.

kesimpulannya =Sebab-sebab Azab Kubur ialah:
  1. 1)Mengumpat 
  2. 2)Saksi berbohong
  3. 3)Menuduh perempuan berzina
  4. 4)Pendakwah yg mengajar tdk mengikut sunnah atau hukum
  5. 5)Org yg membuat /mengambil hukum sendiri
  6. 6)Orang yg maka rasuah
  7. orang yg meminum minuman keras
  8. dadah
  9. pencuri
  10. orang yg terlibt dgn riba
  11. orang yg menggugurkan kwajipan kpd ALLAH
  12. orang yg melalaikn ALLAh
  13. orang yg menjadi peguam membenarkn yg bersalah
  14. mufti yg tidk menyampaikan hukum yg benar
  15. penzina yg tdk bertaubat
  16. peminum arak yg tdk bertaubat
  17. membunuh tanpa sebab
  18. orang yg mendahulukn akal drpd sunnah nabi
  19. penyanyi yg tdk mengikutn hukum
  20. menipu timbangan
  21. sombong 
  22. menilik nasib 
  23. menolong orang membuat zalim.
sekian wassalam,,renung-renungkan n selamat beramal.,.
hehehe :))

Friday 1 April 2011

~~mawar berduri~~


Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.
Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.
Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.
Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.
Mawarku,
Jangan biarkan kelopakmu gugur menyembah bumi,
Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,
Balutilah dirimu dengan sifat malu,
Jagalah akhlak dan imanmu,
Peganglah pada prinsip yang satu Innallahhama'ana..